sorry yer, klau ade tersalah eja ke, ayat bersepah2 sbb ak main taip je" dan yang penting cerita nie dapat di sampaikan...huhuhu..
“PUTIH”
Oleh:
Farid
Asalamualaikum w.b.t.
cerita yang lahir dari jiwaku. Hanya rekaan semata-mata.Marilah menyelinap masuk ke dalam jiwaku dan rasailah perasaanku bersama-sama.Yang buruk itu datang dari kesilapan kita sendiri dan semua yang baik itu datang dari Allah S.W.T. Jadi, fikir-fikirkanlah. Walaupun cerpen berkonsepkan cinta antara manusia, kita harus ingat cinta kepada Allah S.W.T. dan rasul-Nya, Nabi Muhammad S.A.W perlu di utamakan, kedua adalah kepada ibubapa, dan yang lain. Cinta dunia hanya sementara dan cinta akhirat, jangan sesekali kita abaikan kerana ia kekal selama-lamanya. Insyallah.
Wassalam.
1/20/2011 1:45:33 PM
Sungguh sayu pada waktu pagi hari jumaat, sinaran matahari pagi telah di lindungi awan-awan mendung yang berarak mengikut arah angin menyebabkan suasana tanah perkuburan Bukit Mertajam di selubungi dengan kegelapan yang samar. Terasa di bajuku telah di basahi oleh titisan air hujan gerimis. Tiupan ingin membuatkan diriku bertambah sangat kesejukan. Tiupan itu angin sekali lagi menyebabkan daun-daun di tanah perkuburan tersebut berguguran dan jatuh berselerakan di atas tanah. Bacaan talkin oleh imam telah memecahkan suasana sunyi ketika itu. kelihatan ramai orang mengilingi kubur arwah sahabatku mikail. Hatiku amat tersentuh di saat imam membaca talkin di hadapan kubur arwah, merasakan diriku ini umpama berada tempat arwah yang sedang mendengar alunan talkin oleh iman yang meresap masuk ke dalam tanah. Aku cuba untuk keluar dari lamunan aku dan terus membuka risalah surah yassin. Sambil itu, aku mencuri pandang ke arah bapa arwah mikail duduk di sisi pak iman di waktu ketika pak imam sedang memulakan bacaan surah yassin. Tangannya sungguh erat memegang risalah surah yassin itu. Air matanya mula jatuh berjujuran membasahi pipinya. Seorang lelaki telah menepuk bahunya, agar dapat menenangkan dirinya yang sedang dilanda kesedihan. Tidak dapatku bayangkan perasaan seorang bapa yang baru sahaja kehilangan anak tunggalnya, iaitu satu-satunya zuriat hidupnya bersama arwah isterinya. Kasihnya terhadap anak kesayangannya amat bernilai sekali, sehingga enggan berkongsi kasih sayang bersama orang lain demi untuk di curahkan kepada seorang sahaja, iaitu anaknya. Aku tidak dapat membayangkan perasaan sebenar dr. ismail tentang dugaan yang di berikan oleh tuhan kepadanya, kehidupan kini keseorangkan, tanpa seorang ahli keluarga sendiri. Sekali lagi aku mencuri pandangan mataku melihat salah seorang sahabatku dan juga teman istimewa arwah Mikhail, iaitu Diana . Semenjak arwah di masukka ke dalam liang lahad lagi, esakan kecil dari mulutnya dapat ku dengari sehingga sekarang, kelihatan dirinya masih lagi merasa menyesal dengan pemergian arwah. Setelah majlis bacaan surah yassin tamat, semua orang beredar ke kenderaan masing-masing, termasuk diriku. Berat sungguh hatiku untuk meninggalkan kawasan perkuburan ini. Hubungan sahabat karib antara aku dan mikail amat sukar untuk di putuskan buat sementara waktu ini. Aku masih teringat saat-saat waktu ketika dia masih hidup, dialah manusia paling rapat ketika kami memulakan alam persekolahan kami di sekolah tadika. Persahabatan kami amat rapat sehingga kami berada di alam persekolahan di peringkat menengah dan lami juga berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di kolej matrikulasi. Tapi apakan daya tuhan lebih menyayanginya. Terpaksalah aku meneruskan hasrat kami sendirian. Suasana kawasan persekitaran tanag perkuburan kembali sunyi, masih lagi ada beberapa kenderaan di bahu jalan di tepi kawasan tanah perkuburan. Kelihatan ayah yang turut menziarahi pusara arwah sahabatku sedang menunggu aku di dalam kenderaan, lalu aku memberi isyarat tangan untuk menunggu aku sebentar. Kelihatan di hadapan pusara arwah, masih lagi kelihatan dr. ismail dan Diana masih lagi berada di situ. Lalu aku mendekati mereka dengan perlahan-lahan. Apabila aku menghampiri dr. ismail, lalu aku memegang bahunya dan berkata, “pak cik, awan dah gelap ni, mungkin kejap lagi nak hujan, ayuh pulang pak cik”. Lalu dia berkata dengan perlahan “tak mengapalah nak, pak cik nak duduk sekejap je kat sini, nanti pak cik pulanglah”. Lalu aku memalingkan muka ke arah Diana yang masih lagi terduduk di atas tikar berdekatan dengan pusara arwah. Raut wajah dapatku tafsirkan, bahawa dia masih merasakan peristiwa yang berlaku malam tadi adalah berpunca dari dirinya tetapi aku boleh membiarkan dirinya berada di situasi seperti itu. Aku mesti menolongnya untuk keluar dari situasi itu. Tiba-tiba, dia bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah kereta ibunya. Di kesempatan itu aku memberikan aku peluang untuk mendekati ke arah dirinya. Aku memanggil namanya. Panggilanku membuatkan dia menghentikan langkah perjalanannya, lalu menoleh ke belakang dan menghadapan kearah aku. Lalu aku berdiri di hadapannya dan berkata “ dee, ini semua bukan salah kau, ini semua takdir-Nya, Dia sudah tentukan. Aku tahu kau masih menyalahkan diri kau. Aku pasti kalau arwah masih hidup, sedah tentu dia tidah menyalahkan kau”. Lalu dia menutupkan wajahnya . “aku menyesal joe, aku menyesal!! Aku yang salah, aku lah punca semua ni”, katanya dengan nada kesedihan dan di ikuti dengan beberapa keesakan. Tangisan dia membuatkan aku mengalirkan air mata kesedihan. Ia membuatkan aku mengimbaskan kembali peristiwa yang aku dapat aku pasti semua perkara yang berlaku bukan kesalah Diana tetapi sudah takdir untuk tuhan mengambil mikail daripada kami.
Mengenang kembali pada waktu tersebut, memang sudah lekang dalam fikiranku kerana berginilah aku setiap hari aku menaiki bas untuk ke sekolah. Apabila bas mula berhenti di kawasan perhentian bas dan kelihatan juga mikail dan Diana berjalan kaki bersama-sama menuju ke arah pintu pagar sekolah. “wah, pagi-pagi lagi dah berkepit”, bisik hatiku. Tanpa melenggahkan masa, aku bangkit dari tempat dudukku dan begegas keluar menuruni anak tangga bas. Lalu aku berlari anak menuju ke arah mikail dan Diana. Apabila aku tiba di belakang mikail, aku menerpa bahunya lalu berkata “woi, jalan dengan buah hati tak ajak aku pun, hahaha”. Tindakan aku itu mebuatkan dirinya tersentak dan perbualan antaranya dengan Diana terhenti buat seketika. Kelihatan juga Diana terkejut dengan tindakan aku tadi. Aku setiap hari memang tidak berputus-putus untuk mengusik mereka. “apa ni joe, kacau orang tengah dating ni”, keluh mikail. “ yelah joe, kau ni memang noty tau, tak suka ak tau, betul tak my hero”, kata Diana. “ala, korang ni macam tak biasa je dengan aku, bukan hari-hari ke korang dating, pergi sekolah sama-sama, belajar sama-sama, pergi makan kat kantin sama-sama, belajar sama-sama kat library, dan banyak lagi lah, tak jemu ke hari-hari tengok muka yang sama. Eh Diana, dari kau tengok mikail hari-hari, baik kau tengok muka aka yang hensem ni hari-hari, kan bagus”, kata aku kepada mereka. “that right my dear, mulut joe nie mengalahkan cikgu baizura yer. Hey, Diana nie aku punya, sibuk pulak kau nak suruh muka kau tuh, market kot untuk budak-budak kat atas tuh”, kata mikail sambil menunjukkan jarinya menunding ke arah pelajar perempuan tingkatan 3 di tingkat 2 yang sedang memerhatikan gelagat kami. Mereka melihat ke arah diriku dengan penuh senyuman dan membuatkan aku malu sekali “ye la ko nih joe, muka da market tapi awek pun takde, hey pe la kau ni”, peril Diana. Lalu aku mebalas “dee ohh dee, aku bukannye ape, spm tinggal lagi 2 bulan je nih, xde time lah nak bercintan-cintan macam korang nih, nanti masuk u, baru boleh cari pasangan yang serasi dengan aku”.“hah, kau nih ade-ade je la, ni aku nak cakap, dah elok-elok muka kau dah market skrang, baik kau cari calon-calon cepat, bukannye apa, nanti bila kau da masuk u krang muka dah makin tua”, kata mikail. Tiba-tiba kedengaran lonceng berbunyi, kami terus menamatkan perbualan kami dengan memulakan langkah kami ke arah tangga menuju ke kelas kami di tingkat 3 yang berhampiran dengan perpustakaan sekolah. “ ye la kau je yang betul”, kata aku kepada mikail untuk menamatkan perbualan kami. Kami sama-sama menuju ke kelas yang sama. Begitulah aktiviti kami setiap hari, persahabatan aku dengan mereka membuatkan hari-hari aku dan mereka begitu ceria sekali . syukur kepada Allah S.W.T. di atas terikatnya persahabat kami sesama manusia di atas bumi ini. Alhamdulillah persababatan sudah kami terjalin semenjak kecil lagi. Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, SPM yang semakin hampir, mebuatkan aku semakin rapat dengan mereka. Mungkin selepas peperiksaan habis sudah tentu kami tidak dapat bejumpa lagi. Aku membiarkan mereka berdua menaiki tangga dahulu, lalu aku mengekori mereka dari belakang. Ketika aku sedang menaiki tangga, kelihatan cikgu linda sedang member isyarat memanggilku dari bangunan sebelah, iaitu dari bilik guru. Lantas aku bergegas ke arahnya. Mungkin dia mahu meminta pertolongan untuk mengambil handout koleksi soalan percubaan spm biologi, kebetulan selepas ini waktu biologi. Sememangnya cikgu linda merupakan cikgu biologi di sekolah aku. Dia juga merupakan salah satunya cikgu biologi di sekolahku. Sifatnya yang peramah kepada semua pelajarnya membuatkan semua pelajar jatuh cinta untuk mempelajari matapelajaran dengan tekun sekali. Penerangannya untuk setiap subtopic yang di ajarnya amat terperinci sekali. Kesungguhannya dalam menceburi bidang pendidikan telah menaikkan semangat aku untuk menjadi seorang pensyarah di university suatu hari nanti. “assalamualaikum w.b.t. cikgu, ade ape panggil saya nih?”, Tanya aku kepada cikgu linda.“ waalaikumussalam w.b.t. , joe, tolong cikgu angkat handout nih, bawa pergi kelas kamu ya. Hmmm, nanti tolong pesan kat kawan-kawan kamu untuk menyiapkan semua soalan-soalan ni, ok. Saya ada meeting, mungkin semua guru terlibat. So tolong saya yer”, katanya dengan keaadan ingin bergegas menuju ke arah bilik mesyuarat. Kelihatan juga ramai guru-guru sedang menuju ke arah bilik mesyuarat. Lalu aku terus menuju ke arah tangga menuju ke kelas. Di dalam perjalanan aku merasa kehairanan kenapalah kelas aku tidak seriuh seperti sebelum ini. Selalunya, riuh-rendah dengan taw aria budak-budak 5 sains ini. Suara mikail juga tidak aku dengari. Selalunya suara dia paling kuat sekali di kalangan pelajar lelaki. Lalu aku mepercepatkan langkah aku menuju ke arah pinti kelasku. Apabila aku tiba di pintu kelasku, perasaan terkejut aku melihat kawan- kawan aku sedang gigih mengulangkaji matapelajaran tetapi masih juga yang sedang berbual-bual kosong. Perbualan mereka tidak dapat memecahkan suasana sunyi ketika itu. Lalu aku menuju ke meja guru di hadapan dan meletakkan semua handout yang di berikan oleh cikgu linda. “Alhamdulillah, semua tengah study ke? Ok cikgu linda ada meeting hari ni, so dia tak dapat masuk ke kelas hari ini, dia suruh kita lengkapkan handout ni dan esok dia kata nak bincang”, kataku dengan lantang sekali di hadapan meja guru sambil memegang beberapa handout untuk kumpulan aku yang terletak bersebelahan dengan tingkap menghadap ke arah padang sekolah. Setelah aku mengambil handout, semua kawan-kawanku berpusu-pusu untuk mengambil handout masing-masing. Ketika aku menuju ke arah meja kumpulan aku, ternyata pasangan kekasih pagi tadi masih lagi berada di landa kehangatan bercinta. Senyuman manis antara mereka antara satu sama lain tidak dapat aku bayangkan sungguh teguh hubungan mereka berdua sejak dahulu lagi. Ternyata hubungan cinta monyet meeka amat serius sekali. Aku mula menyedari hubungan mereka ketika aku dan mereka bersekolah di sekolah rendah. Ketika itu kami sedang menyiapkan persiapan kami untuk menduduki UPSR. Sepanjang tempoh itu kami mengulangkaji matapelajaran bersama-sama. Hampir setiap hari kami mengulangkaji pelajaran di taman berhampiran tasik. Aku melihat hubungan mereka begitu erat sekali ketika itu, apa hendak di katakan mereka sedang hangat bercinta. Di tambah pula dengan adanya hubungan kawan baik antara mereka membuat hubungan mereka bertambah rapat sekali dan juga kejayaan kami memperolehi keputusan cemerlang dalam keputusan UPSR. Sekali lagi aku termenung memerhatikan mereka berdua saling bertukar-tukar jawapan yang sedang mereka sedang bincangkan, lamunan aku itu telah mengibau kembali kejadian yang berlaku dua tahun yang lepas. Kejadian itu aku merasakan telah menguatkan lagi cinta Diana kepada mikail. Ketika itu, kami telah terpilih untuk mengikuti perkhemahan perdana daerah Selangor yang berlangsung di kawasan hutan simpan selepas PMR tamat. Aktiviti night walking pada malam itu berjalan dengan lancar. Semua peserta telah di beri taklimat sebelum kami memulakan aktiviti pada waktu malam itu. Jam tangan aku menunjukkan bahawa waktu sudah tepat pukul 12 tengah malam. Suasana dingin itu membuat aku bertambah sejuk, walaupun sudah 2 lapis baju aku pakai pada malam itu. Ketakutan aku juga mula lahir dari perasaan. Degupan jantung aku mula bergerak laju. Mikail yang sedang berdiri di sebelah aku kelihatan sungguh besemangat sekali hendak meredah hutan dan di tambah pula menerima flying kiss dari diana. Kami telah di beri arahan untuk tidak membawa sebarang lampu suluh bersama. Arahan itu bertujuaan agar peserta dapat menghayati suasana hutan pada waktu malam dan tidak mengganggu haiwan liar yang berada di dalam hutan. Selepas itu, suara ketua trip night walk memberi arahan kepada arahan peserta perempuan untuk memulakan perjalanan masuk ke dalam hutan dan di ikuti pelajar lelaki di belakang. Kami di minta untuk memgang bahu rakan di hadapan. Cuaca petang tadi, membuat keadaan lantai bumi di hutan semuanya dibasahi oleh air hujan. Aku hampir tersunggur kerana terpijak ranting kayu yang menghalangi setiap perjalanan kami dan menyebabka tangan aku terlepas dari bahu rakanku dihadapan. Suasana gelap ketika itu, menyebabkan aku sukar sekali untuk memijakkan tapak kakiku ke atas tanah untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Aku tidak dapat membayangkan keadaan peserta perempuan di hadapan sana. Mungkin mereka mengalaimi situasi yang sama. Hampir 15 minit kami terhenti di suatu kawasan yang rata. Kami di beri arahan untuk berhenti dan duduk di kawasan tanah rata itu. Pada ketika itu, suasana gelap telah di terangi dengan cahaya bulan. Kedengaran juga penghuni hutan ini mengeluarkan bunyi mereka. Keaadan ketika itu amat sunyi sekali daripada mulut manusia. Aku dan juga peserta lain menghayati dengan sepenuhnya pengalaman yang tidak dapat di lupakan ini. Tiba-tiba aku melihat cahaya yang berkerlipan di atas tanah di ka sekitar tempat dudukku. Begitu juga di sekitar kawasan peserta yang lain. Lalu aku mencapai benda bercahaya itu, bentuknya seperti daun, sememangnya ia adalah daun mati yang luruh dari ranting pokok. Ia telah membuatkan aku begitu tertarik sekali begitu juga peserta yang lain. Kami di biarkan selama 10 minit untuk menghayati suasana hutan pada waktu malam. Selepas itu kami di arahkan bangun dan menyabung perjalan kami pulang ke tapak perkhemahan. Setelah kami semua tiba di kawasan tapak perkhemahan, seorang dari daripada rakan yang bersama Diana menyedari bahawa dia tiada ketika itu. Suasana ketika itu amat cemas sekali. Aku dapat melihat mikail kelihatan seperti tidak menentu. Ketua perkhemahan mengarahkan untuk kami bertenang dan dia serta ranger hutan yang lain pergi masuk ke dalam hutan semula untuk mencari Diana. Mungkin dia masih lagi berada di tempat perhentian kami ketika itu. Tanpa aku sedari mikail telah hilang daripada pandanganku. aku menoleh ke belakang dan mencari dia. Kelihatan kelibat seseorang sedang berjalan ke arah kawasan hutan bersama dengan nyalaan lampu suluh. Rupanya orang itu adalah mikail. Lalu aku mengejarinya dan memanggil namanya.” Mikail! Kau nak pergi mana ni, en. Wahid tidak benarkan kita pergi mana-mana buat masa sekarang, lagipun ranger hutan sedang cari Diana sekarang”, kata aku padanya dengan keadaan tercunggap-cunggap menarik nafas kepenatan. “joe, aku tak boleh biarkan dee keseorangan kat dalam hutan, bahaya wey. Aku nak pergi selamatkan dia sekarang. Kalau kau nak ikut, jom”, balasnya dengan keadaan cemas. “ok, aku tak boleh biarkan kau pergi sendirian,” kata aku kepadanya. Kami memulakan perjalanan kami dengan pantas sekali. Aku tahu mikail risau akan keadaan Diana sekarang. Ketika itu aku mengambil keputusan untuk mengikut mikail mencari Diana, aku tidak boleh biarkan kawan aku pergi keseorangan, aku mesti bantu dia. Dengan bantuan cahayu lampu picit yang mikail pegangan, perjalan kami menuju kembali ke arah kawasan perhenti sebentar tadi bertambah lancar. Mikail berjalan dengan pantas sekali. Aku dapat merasakan kerisauan yang teramat sangat di wajahnya. Apabila kami tiba di kawasan perhentian tadi, kami suluh di semua kawasan tetapi Diana tiada di situ. Mikail berfikir mungkin Diana berada tidak jauh di kawasan ini. Kami meneruskan pejalanan kami ke arah lain. Aku dapat merasakn perjalanan kami sudah mengambil masa yang lama. Tiba-tiba kami kedengaran tangisan seorang perempuan. “joe, kau dengar tak suara tu, hah suara dee la”, katanya sambil menyuluh ke semua kawasan mencari punca suara itu. Kami menjerit memanggil namanya. Kami terus menghampiri suara itu, tangisan itu semakin kami dengari. “Diana!” , mikail menjerit setelah dia melihat Diana sedang terduduk tersandar di pokok dengan keadaannya yang sedang menutup telinga ketakutan. Tangisan dia terhenti apabila menyedari kehadiran kami. “dee, kau ok tak, kenapa boleh jadi macam ni.”, kata mikail dengan lafaz lega berjaya menemui Diana. “aku..aku..aku..aku takut mikail..aku..aku..”, Diana bercakap dengan nada ketakutan.“ok dee, nanti kita cerita, sekarang kau dah selamat, jom kita balik,” kata mikail kepada Diana untuk menenangkan dia. aku amat bersyukur ketika itu melihat Diana berada di dalam keadaan yang selamat tetapi perjalanan kami dari tapak perkhemahan amat lama sekali, sudah tentu kami berada jauh di kawasan perkhemahan. “wey, mikail aku rasa kita betul-betul kat tengah hutan ni”, keluh aku. “relax la joe kita berjalan perlahan ya”, balas mikail. Tiba lampu suluh yang di pegangnya tiba-tiba mati. Suasana hutan ketika itu amat gelap sekali. “alamak, bateri habis, Dee ok tak, wey joe kau ok tak. Macam nil ah kita tunggu sampai matahari terbit, nanti pagi baru kita cari jalan keluar”, kata mikail. aku bersetuju dengan mikail. aku rasa untuk meneruskan perjalanan di waktu gelap ini sudah tentu keputusan yang salah dan sudah tentu membahayakan diriku dan yang lain. Dee yang sedang bersandar di pokok besar mengajak mikail duduk di sebelahnya. Kepenatan kami berjalan membuatkan kami tertidur seketika. aku hanya duduk dan menundukkan kepala. Kepenatan aku membuatkan aku terbaring di atas tanah. Silauan cahaya matahari membuat aku tersedar dari tidur. kelihatan dee an mikail masih lagi tertidur. Lalu aku mengejut mereka berdua bangun. Selepas itu kami memulakan perjalanan mencari jalan keluar. Bahang matahari sudah menyelinap masuk masuk ke seluruh bajuku menyebabkan aku kebasahan dengan peluh. Ia juga menunjukkan waktu sudah tengahari tetapa tiada sebarang tanda jalan keluar. Sudah hampir 5 jam kami berjalan namun tiada jalan keluar pun. Bahang terik cahaya matahari juga membuatkan kehausan dan berhenti untuk rehat di suatu kawasan. “eh korang dengar tak bunyi air mengalir”, kata Diana sambil membangunkan dirinya. Dia mencari-cari bunyi itu. Lalu kami mengekorinya dari belakang. Aliran deras air dapat di dengari dengan jelas di hadapan perjalanan kami. Sungguh gembira kami menjumpai sungai itu. Kami semua berlari menuju ke tebing sungai. Aku menadah tangan mengambil air di tebing sungai lalu meminumnya. Alahamdulillah dahaga aku sudah hilang. Begitu juga Diana dan mikail membuat perkara yang sama seperti aku. Tiba-tiba aku teringat sesuatu dan berkata kepada mereka “ korang ingat tak first time kita masuk kat kawasan perkhemahan ada sebatang sungai. Kalau begitu kalau kita ikut arah sungai ni, kita boleh ke kawasan perkhemahan.” Lalu mikail berkata, “ya tak ya jugak, pandai la ko joe”. Tanpa menbuang masa kami meneruskan perjalanan kami mengikut arah aliran sungai. Ketika perjalanan kami, tiba-tiba Diana tergelincir dan jatuh ke dalam sungai. Mikail yang berjalan di hadapannya sempat untuk menarik Diana kerana ia belaku dengan begitu pantas sekali. Aliran deras sungai itu membuatkan Diana sukar untuk berenang. Tanpa belenggah masa, mikail terus terjun masuk ke dalam sungai untuk menyelamatkan Diana. Kepantasan mikail berenang Berjaya menarik Diana dan membawanya ke tebing sungai. Lalu aku menolong untuk menarik Diana naik ke tebing sungai dan mikail naik sendiri ke tebing sungai. Lalu dia menghampiri Diana. Tiba-tiba Diana menghemburkan air keluar dari mulutnya. Mujur kepantasan mikail menyelamatkan Diana menyebabkan Diana tidak mengalami kelemasan yang teruk. Keadaannya yang lemah membuatkan mikailmedukungnya dan meneruskan perjalanan. Kepenatan Diana membuatkan dia tertidur seketika sepanjang perjalanan kami. Bahang matahari sudah hampir berkurangan, keadaan semakin gelap. Kami tetap meneruskan perjalanan. Tiba-tiba aku melihat ada cahaya yang terang di atas bukit sana, rupanya itulah adalah tempat kawasan perkhemahan kami. Lalu kami belari mendaki bukit ke arah kawasan tapak perkhemahan. Kami menjerit untuk meminta tolong. Jeritan kami mebuatkan semua peserta dan ranger hutan menuju ke arah kami dan menolong membawa Diana untuk di rawat. Aku sungguh berbangga dengan kesungguhannya untuk mencari Diana malam tadi dan keberaniannya untuk membahayakan nyawanya untuk orang lain. Baru aku tahu betapa sejatinya cinta mikail kepada Diana, bukan seperti pasangan cinta monyet dekat sekolah tetapi mereka berdua ini memang jauh berbeza sekali dengan mereka. Hentakan di meja kayu aku membuatkan lamunan aku hilang semuanya, kelihatan tangan mikail di atas meja aku. “ bro, kalau berangan tu ajak lah aku,” kata mikail. “ye la kau ni joe, mengelamun apa la tuh, wah dah ade girlfriend baru ke?”, kata Diana sambil menunjukkan symbol love dengan jarinya. Wajahnya sungguh comel menunjukkan gaya itu. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Mendengar Diana berkata tentang girlfriend, aku masih lagi tidak bersedia untuk bekongsi perasaan itu kepada sesiapapun. Aku merasakan diriku belum matang dalam percintaan. Aku masih keliru untuk memilih yang terbaik di dalam hidup aku, sudah ada depan mata tetapi aku lambat sangat untuk meluahkan cinta aku pada dia, tetapi hendak buat macam mana lagi, sudah jodoh dia dengan mikail. Aku terima sahajalah kenyataan itu demi untuk menjaga hubungan persahabatan aku dengan mikail. aku tidak mahu menjadi seorang lelaki yang sanggup merampas kekasih sahabat baiknya. Hanya tuhan sahaja tahu akan perasaan aku kepada Diana. dia adalah seorang paling aku minati kerana semua yang ada cirri-ciri wanita kesukaan ada padanya, hormat pada orang tua, patuh kepada agama, sopan santun, budi perkerti, bijak, dan seorang yang solehah. Senyumannya setiap hari membuatkan hatiku cair hampir setiap hari tetapi aku hanya mampu menyembunyikannya ia di sebalik anggan kosong untuk aku miliki Diana walaupun sekejap sahaja. Di sebalik itu pemikiran aku mengingati semua itu, lalu aku mengambil buku rujukan biologi di dalam beg aku dan terus memuka helaian handout cikgu linda. Kelihatan semua tekun membuat handout tersebut. Aku merasakan hari itulah, hari paling menenangkan sekali. Aku harap ia kekal sehingga SPM tiba. Kini aku perlu focus untuk SPM. Aku perlu mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan kali ini.
Kring..kring..bunyi lonceng sekolah sudah berbunyi, namun cikgu baizura masih lagi belum habis bercakap. Dia merupakan cikgu bahasa melayu aku dan juga merupakan guru penolong kanan di sekolah. Dia merupakan seorang yang suka becakap dan member banyak nasihat. Kebanyakkan pelajar melabelkan cikgu baizura sebagai seorang cikgu yang suka membebel. Mana tidaknya, karangan buat satu muka surat pun sudah kena marah. Ramai juga merunggut tentang itu juga. Bagi aku, semua itu tidak aku fikirkan. Aku menganggap apa segala yang dia cakap atau nasihat amat berguna sekali. Seperti sekarang yang sedang dia katakan “Di sini saya ingin berkongsi beberapa perkara, ok, kawan?persahabatan?friendship? sudah tentu kamu semua sudah lama kenal antara satu sama lain dan kita panggil itu adalah persahabatan. Susah senang kita mesti harungi bersama-sama. Seperti contoh kamu berlumba lari dengan rakan-rakan kamu, slah seorang sahabat kamu terjatuh dan cedera tetapi anda sudah menghampiri ke garisan penamat. Apakah akan anda lakukan? Eh, dah nak menang ni? Mana boleh patah balikkan? Tentu itu jawapan di kepala kamu semua. Bagi saya, saya akan berpatah balik dan menolongnya untuk bangkit dan terus ke garisan penamat. Walaupun anda kalah tetapi kamu berdua berjaya bersama-sama menamatkan perlumbaan tersebut. Di sini saya ingin menekan bahawa di sini kamu besekolah untuk belajar dan berjaya dan saya harap kamu semua saling membantu antara satu sama lain ya. Saya tidak mahu di kalangan kamu kesedihan ketika keputusan SPM di keluarkan, saya cuma anda semua gembira dengan keputusan anda semua dan itu semua datang dari usaha kamu sendiri dengan sokongan rakan-rakan kamu. Ok, akhir kata kejayaan itu harus di kongsi dan jangan lupa ya esok tepat pukul 1 petang, saya hendak kamu semua hantar karangan soalan percubaan negeri johor dan tidak lupa juga sekurangannya 4 muka surat ya, saya mahu kamu menghasilkan karangan bermutu bukannya cerita budak tadika, faham. Ok, saya keluar dulu.” Mutiara kata yang di lemparkan itu tadi, membuatkan aku merasakan persahabatan aku, mikail, dan Diana telah menyebabkan kami memperolehi kejayaan bersama dan itu aku mahu persahabatan ini kekal buat selama-lamanya. Kelihatan semua sedang mengemas beg mereka masing-masing untuk pulang kerumah. Lalu aku mengemas semua peralatan tulis dan buku-buku di atas meja dan terus mengalas beg aku ke bahu. “eh joe petang ni jadi tak study kimia kat taman?”, tegur mikail ketika aku sedang memasukkan kerusi ke dalam meja. “ok, macam biasalah pukul 5 dekat port kite kat tepi tasik tu. Ok, aku balik dulu, dah lambat ni, nanti terlepas bas pulak”, balas aku dengan cepat sekali. Aku terus menyusur keluar dari kelas. Alhamdulillah, bas baru sahaja sampai. Lalu aku mempercepatkan langkahku keluar dari pintu utama sekolah. Kelihatan pak hamid sedang berdiri di hadapan pondok pengawal. Aku sempat mengangkat tangan aku melambai ke arah dia. dia hanya mampu tersenyum kerana dia sedang sibuk mengawasi ramai pelajar keluar dari pintu pagar utana sekolah. “fuh, penatnya hari ni”, keluh aku dalam hati sambil mengangkat buku menutupi kepala daripada di tembusi sinaran matahari yang sangat bahang. Aku berpeluh ketika itu. Tetap apabila aku masuk ke dalam bas, kepenatan aku hilang di resap oleh kedingini penghawa dingin di dalam bas. Lalu aku mengeluar sekeping duit kertas di dalam beg dompetku yang bernilai. “ uncle tan, macam biasalah taman prima jaya.” Kata aku kepada pemandu bas yang bernama, uncle tan. “wah, kamu joe bersemangat hari ini, ada benda menarik ke berlaku dekat sekolah. Uncle tengok kamu gembira sangat ni?balas uncle tan.”tiada apa-apa lah uncle. Biasa je.” Balasku. Rumah aku terletak hampir tujuh kilometer daripada sekolah. Ayah aku telah mengambil keputusan untuk menyuruh aku untuk ke sekolah dengan menaiki bas semenjak 5 tahun dahulu, ketika aku tingkatan satu. Ayah aku sememangnya seorang yang sangat tegas sekali dan amat di geruni di kalangan adik beradikku, walaupun aku anak bongsu aku tetap di suruh menaiki bas sendirian. Seingat aku dahulu, aku hampir ke tinggalan bas dan terpaksa ponteng sekolah tetapi itu tidak menjadikan alasan, kerana dia sudah tentu menolaknya. Kini aku mengerti mengapa ayah berbuat demikian, ia supaya aku dapat berdikari di dalam menjalani kehidupan. Di tambah pula tahun ini tahun terakhir aku menaiki bas uncle tan kerana tahun depan aku akan melanjut pelajaran ke tempat lain dan sudah tentunya jauh dari sini. Kini aku yakin aku boleh membawa diriku sendirian ketika aku berada berjauhan dengan keluarga. Lalu aku memasukkan wang itu ke dalam kotak khas berhampiran aku dan kelihatan ramai ingin masuk ke dalam bas dan aku bergegas masuk ke dalam dan menuju ke tempat duduk yang kosong. Perjalanan aku untuk ke rumah mengambil masa 10 minit sahaja. Nampaknya, perhentian bas yang berdekatan dengan kawasan perumahan aku sudah dekat. lalu aku bangun untuk menekan lonceng bas terus mencapai beg besebelahan aku, apabila bas berhenti pintu bas di belakang sudah terbuka, lalu aku mempercepatkan langkah keluar dari bas. Kesejukan di badanku mula kehilangan, bahang matahari sudah mula terasa. Rumah aku terletak berhadapan dengan bas perhentian. Lalu aku terus menaiki tangga jejantas untuk meredah kesibukan jalan raya ketika itu. Kelihatan kereta ayah tiada di tempat letak kereta berhadapan dengan rumahku. Nampakya hari ini, ayah belum balik lagi dari cafenya. Mungkin dia sibuk menguruskan cafenya hari ini. Ayahku sememang seorang yang gigih berkerja untuk menyara aku serta abang dan kakakku yang kini mereka berdua sedang menyambungkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi. Dia sahajalah harapan kami untuk berjaya. Sejak pemergian arwah ibu, ayahlah penganti tempat ibu. Dia telah tempat kami mencurah kasih sayang. Ibu aku telah di jemput ilahi ketika aku baru sahaja berjaya mencelik mataku ke dunia ini tetapi celikan aku tidak dapat melihat wajah ibu ketika hayatnya. Hanya gambar-gambar lamanya dapatku lihat. Ibu telah menhidapi barah otak tahap kritikal. Aku merupakan hasil terakhir kasih sayang ayah dan ibu dan aku amat terkilan apabila aku tidak dapat di susukan oleh ibuku sendiri. Aku hanya mampu memanjangkan doa untuk kesejahteraan ibu di sana. Kesedihan aku di lahirkan tanpa kasih seorang ibu membuat aku cemburu dengan kawan-kawan aku yang mempunyai kedua-dua ibubapa tetapi dengan adanya insan bergelar ayah telah mengantikan kasih seorang ibu dengan kasih seorang ayah dengan sepenuhnya tetapi aku masih lagi dahaga akan kasih sayang seorang ibu. Tambahan pula, aku mempunyai seoarang kakak dan seorang abang yang begitu rapat sekali dengan aku dan membuat aku bertambah bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Keterikan matahari menyebabkan aku terus menyeluk saku seluarku untuk mengeluarkan kunci lalu menekan alat kawalan jauh pintu pagar. Apabila pintu pagar itu terbuka, aku terus berlari dan terus menekan alat kawalan jauh di tanganku untuk menutup pintu dan terus membuka mangga pagar pintu dan terus masuk ke kawasan tempak letak kasut. Lalu aku membuka kasutku dan stokin dari kakiku. Selepas itu megunci semula mangga pintu pagar dan terus membuka pintu kayu dan menutupnya semula setelah aku masuk ke dalam. Ucapan salam aku suarakan walaupun tiada penghuni di dalam rumah ketika itu. Lalu aku membuka suis kipas dan terus meletakkan beg di atas sofa. Kepanasan di badan aku masin terasa, lalu aku membuka butang baju sekolahku dan terus menuju ke dapur. Sambil melihat keadaan dapur amat kemas sekali, rupa bentuk yang moden sudah tentu ke sukaan ayahku yang merupakan seorang tukang masak di café perusahaannya. Setelah aku melepasi meja makan aku terus membuka peti ais berhampiran dengan sinki. Lalu aku mencapai sebotol air 100plus di dalam peti ais itu. Botol minuman yang baru itu membuatkan botol itu sukar untuk di buka. Namun keinginan aku untuk menghilangkan dahaga membuatkan aku menggunakan seluruh tenaga untuk membuka pembuka penutup air botol minuman. Bunyi gas keluar sudah kedengaran, lalu aku membuka pembuka penutup itu dan membuang ia ke dalam tong sampah. kedahagaan aku hilang apabila aku meneguk hampir separuh botol air itu. Ketika aku ingin menutup pintu pintu ais, aku melihat ada memo daripada ayah. Dia menulis seperti ini, “dik, ayah dah siapkan makanan tengahari di atas meja dan jangan lupa bersihkan semua kotoran selepas makan. Ayah malam ini mungkin lambat balik. Jadi, di sini ayah kepilkan duit RM50.00 untuk kamu makan malam dan selebihnya pandai kamu belanjakan ya{“. Duit yang ayah kepilkan itu aku masukkan ke dalam beg duit. aku asyik memikirkan kenapalah ayah suka membazir member aku duti sebanyak ini, tempoh hari dia sudah duit belanja persekolahan. Duitnya masih ada lagi. Aku biasanya akan menyimpan baki duit perbelanjaan di dalam tabung. aku merasakan kemewahan yang di berikan oleh ayah kepada aku tidak membuatkan aku lalai di arus dengan kemewahan ini dan bijak mengurus kewangan. Aku tidak menyangka bahawa duit simpanan aku di dalam tabung mencecah hampir RM300.00 sebulan. Masyallah, sungguh banyak sekali. Ayah meyuruh aku untuk memasukkan wang simpanan aku ke dalam simpanan tabung haji. Aku amat bersyukur sekali kepada tuhan. Segala-galanya dia berikan kepadaku, walau apa-apa yang aku mahu, dia berikan dengan bersyarat aku harus cemerland di dalm setia peperikssan. Ayahnya sememangnya sudah menjadi kebiasaan untuk menyediakan makanan tengahari sebelum dia pergi ke café. Aku sudah mula terbiasa dengan rutin ini tetapi sebelum ini kakak yang masak untuk aku. sudah tentu bakat ayah pandai memasak telah di turuni kepada kakak. Semasa kakak ada, hampir setiap minggu ayah mengajar kakak memasak. Seingat aku dahulu, dia hampir menyebabkan separuh dapur terbakar tetapi ayah Berjaya mengawalnya. Yang lucunya adalah kakak fobia hendak pergi ke dapur tetapi ia tidak mematahkan semangatnya dia untuk memasak lagi di dapur apabila ayah mengamanahkan kakak untuk memasak setiap hari untuk kami sekeluarga. Sekarang dia sudah menyambungkan pelajarannya ke universiti sains Malaysia di pulau pinang. Jadi, ayah mengantikan tugas kakak untuk memasak. Selepas aku menjamu selera, aku terus membersihkan semua kotoran makanan. Selepas selesai menyusun semua pingan, aku terus menuju menaiki tangga ke bilikku. Apabila aku tiba di bilik, aku terus ke bilik air untuk mandi dan seterusnya mengambil wudhu untuk menunaikan solat fardhu zohor. Selepas aku menunaikan solat fardhu. Aku terus terbaring di atas katil dan mencapai telefon bimbit di meja bersebelahan dengan katilku. Aku mengunci jam pada pukul 4 petang. Aku terlena sebentar dengan kenyamanan udara penghawa dingin.
Aku tersedar dari tidurku apabila telefon bimbitku berbunyi. Aku cuba untuk membangunkan diri tetapi rasa macam malas sahaja hendak membangkitkan diri. Tiba-tiba laungan azan asar berkumandang. Lantas aku bangun dari katilku dan terus menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu. Setelah selesai sola take bersiap sedia untuk pergi ke taman. Jam di dinding bilikku menunjukkan sudah pukul 4.45 petang, aku terus memasukkan buku ke dalam beg berserta alat tulis. Taman yang selalu kami mengulangkaji matapelajaran bersama-sama, tidak jauh di kawasan perumahan aku. Cuma ia berjauhan daripada kondominium tempat tinggal mikail dan Diana. walaubagaimanapun, mereka tetap mahu pergi ke sana. Mungkin tempat itu merupakan istimewa buat mereka, iaitu di mana tempat pertama cinta mereka berputik dan aku menjadi saksi pertama percintaan mereka walaupun ia amat menyakitkan hatiku tetapi aku tetap tabah demi sebuah persahahabatan. Tanpa melengahkan masa aku terus mencapai basikal aku yang bersandar di tepi rumah dan terus mengayuh ia keluar. Sepatutnya aku mahu menunggang motorsikal tetapi itu kepunyaan abang aku tetapi apa salahnya hari ini aku menunggang basikal ke taman. Apabila, aku tiba di taman itu, pasangan kekasih rupanya sudah mula mengulangkaji. Aku mengayuh basikal ke arah mereka. “hey, joe. Mana motorsikal kau, asal hari ni kau naik basikal?” kata mikail ketika aku sedang meletakkan basikal di tepi pokok. Aku melihat mereka beradaan dalam keselesaan duduk di atas tikar yang di bawa Diana. “apa salahnya aku naik basikal hari nih, dah lama rasanya aku biarkan basikal aku tu dan bertambah sihatlah aku, badan berotot sikit, sedap mata memandang, hahaha. Betul tak Diana. “ kata aku sambil menunjukkan otot bicepku kepada mereka. “ baguslah mr. perfect, nanti semakin ramai suka kat kau,” sindir Diana ketika aku sedang bersila di hadapan mereka. Bergitulah, setiap hari kami meluangkan waktu petang kami di taman berhampiran dengan tasik. Kadang-kadang apabila kami kebosanan di waktu minggu kami akan ke taman ini untuk bermain layang-layang bersama-sama. Kemesraan antara mereka kadangkala membuat aku di landa dengan kecemburuan tetapi aku cuba untuk sembunyikannya di dalam hati aku sahaja. Taman ini penuh dengan memori yang sangat bermakna sekali buat persahabatan kami dan juga hubungan antara mikail dan Diana. hari bertambah senja, hari semakin gelap. Kelihatan juga bas awam sudah tiba di hadapan perhentian bas. Mereka berdua bergegas ke arah bas yang sedang berhenti itu untuk pulangan ke rumah mereka masing-masing. Aku pun terus mencapai basikalku yang tersandar di tepi pokok lalu menungangnya pulang ke rumah. Sepanjang perjalan balik kerumah aku suka memikirkan apa yang akan berlaku di keesokkan harinya.
Pada hari keesokkannya, aku ke sekolah seperti biasa. Aku mengharapkan hari ini akan berjalan seperti biasa. Apabila aku sedang menuruni tangga, aku melihat Diana sedang berjalan menuju ke pintu pagar utama keseorangan. Ia membuatkan aku banyak persoalan. Kenapa mikail tidak ke sekolah bersama Diana hari ini. Persoalan itu membuak-buak dan membuatkan aku terus mengejari Diana yang baru sahaja masuk ke dalam kawasan sekolah. “Dee!” aku memanggil namanya. Walaubagaimanpun dia mengendahkan panggilan aku, dia terus menuju ke arah tangga dan menuju ke tingkat 3, iaitu ke kelas kami. Aku terus berlari dan memanggil namanya berulangkali. Lalu aku mempercepatkan langkahku terus menuju ke kelas. Bunyi lonceng sudah kedengaran. Aku masih lagi berada di tingkat 3. Persoalan itu masih aku belum terjawab. Banyak tanggapan aku buat ketika itu, mungkin dia datang lambat hari ini atau tidak berapa sihat. Semalam ketika berada di taman aku melihat mikail seperti kurang sihat, hidungnya berdarah secara tiba-tiba. Dia memberi alasan mungkin cuaca panas hari ini dan menyebabkan hidungnya berdarah. Apabila aku tiba di pintu kelas, mikail masih lagi belum hadir ke sekolah. Tempat duduknya masih kosong. Kelihatan Diana sudah bertukar tempat duduk dengan pelajar lain. Persoalan itu tadi membuatkan aku bergegas ke arah tempat duduk barunya, lalu aku berkata kepadanya “ Dee, kenapa kau duduk kat sini?mana mikail?”. pertanyaan aku tidak di jawab oleh dia. dia hanya sibuk membaca buku rujukannya. Seolah-olah aku tidak wujud di sebelahnya tetapi realitinya aku bersebelahan dengannya. Tiba-tiba, sir chan menyusur masuk ke dalam kelas, dia merupakan guru matematik tambahan kelas kami. Lalu aku bergegas menuju ke tempat dudukku bersama dengan dua ahli kumpulan yang lain. Aku melihat dua tempat duduk kosong di hadapan aku. persoalan itu masih belum terjawab dan lamunan aku itu hilang apabila sir chan menepuk bahu aku dari belakang, aku tidak perasan yang dia berada di belakang aku. “joe, awak tolong tunjukkan jawapan kamu di hadapan papan hitam. Sya tahu kamu sudah menyelesaikan soalan-soalan kertas dua negeri perak”, katanya sambil menuju ke hadapan. “baik sir” balasku sambil mengeluarkan soalan berserta jawapan yang telah aku jawab malam tadi. “tungu sebentar, mikail mana? Dan Diana kenapa kamu berpindah tempat duduk.” Kata sir chan sambil menoleh ke arah Diana. “ ermm, kat tepi tingkap tu panas sangatlah sir. sebab tu saya tukar tempat duduk.” Jawab Diana. setelah mendengar penjelasan dia, hatiku terlintas, panas? mungkin cahaya matahari pada waktu pagi sangat cerah tetapi tidak panas sangat Cuma pandangan mata akan silau sahaja, pukul 9 nanti oklah, cahaya matahari sudah tidak lagi masuk ke dalam kelas. Lantas aku ke hadapan untuk menunjukkan jalan kira yang aku buat dan menerangkannya kepada rakan-rakanku yang lain. Persoalan itu tetap bermain di fikiran di setiap kali aku memandang wajah Diana. Wajahnya cerianya aku rasakan hanya lakonan semata-mata, aku tau dia sedang mengalami kesedihan tetapi sebab apa? Ketika waktu rehat aku megekori Diana ke ke kantin sekolah. Sepertinya, dia keseorangan menuruni tangga ke kantin. Lalu aku mengekorinya dari belakang. Apabila tiba di kantin aku memanggilnya tetapi dia mengendahkannya. Apbila tiba di kantin, dia sudah membeli makanan dan duduk keseorangan di meja. Lalu aku mebawa makanan aku yang baru sahaja aku beli tadi terus duduk di hadapannya. “dee, kau ni kenapa?aku panggil kau, buat tak tahu je, kau ade masalah ke? Kataku ketika aku sedang duduk di hadapannya. Dia menghabiskan makanan dengan cepat sekali apabila mendengar nama aku dan terus bangun dari tempat duduknya dan pergi meninggalkan aku keseorangan di situ. Aku tidak tahu mengapa hari ini aku merasakan diana tidak pernah berkelakuan seperti ini. Mungkin ada sesuatu yang dia sembunyikan daripada aku. aku mesti siasat. Ke esokan harinya, mikail masih lagi tidak hadir ke sekolah. aku andai mikail mungkin demam biasa di sebabkan cuaca panas sejak kebelakangan ini. Diana juga masih lagi tidak mahu bercakap dengan aku. dia se akan ingin berjauhan daripada aku. setiap kali aku bertembung dengan dia, dia langsung tidak menegur aku. aku merasakan diana mempunyai masalah dan aku tidak dapat mengetahui daripadanya. Mungkin mikail tahu masalahnya tetapi dia tiada pula hari ini.
Sudah hampir seminggu mikali tidak hadir ke sekolah. aku masih lagi dilandaan persoalan yang masih belum terjawab tentang apa sebenarnya berlaku kepada diana dan ke tidak hadiran mikail ke sekolah selama seminggu. Pelbagai cara buat untuk menghubunginya tetapi tidak berjaya. Banyak kali aku menghantas sms tetapi dai tdak membalasnya. Telefon dia, apatah lagi. Aku juga menghubungi telefon rumahnya tetapi tiada siapa yang menjawab pangilan aku. suatu hari aku mengambil keputusan untuk melawatnya di rumah. Mungkin selama ini, dia tidak membalas dan menjawab panggilan kerana mahu tidak mahu di ganagu dan mahu rehat sepenuhnya di rumah. Aku pergi ke rumahnya selepas sesi persekolahan pada hari itu tamat. Tup..tup..aku mengetuk pintu rumahnya yang terletak di tingkat 11 sambil memberi salam. Sepertinya tiada penghuni di rumah ini. Aku menunggu di depan rumah hampir 15 minit tetapi tiada siapa membuka pintu itu. Tiba-tiba pintu di sebelah rumah mikail terbuka. Aku melihat ada seorang perempuan melayu yang sudah berumur membawa sebungkus plastik hitam keluar dari rumahnya. Lalu aku mendekati perempuan itu dan bersapa dengannya. “mak cik, penghuni rumah sebelah ini pergi mana ya?”, kata kau sambil menunjukkan pintu rumah mikail kepada perempuan melayu itu. “oh, maksud kamu keluarga dr. ismail.” Balas perempuan melayu itu untuk mendapat kepastian.”ya mak cik, sebenarnya mak cik saya kawan kepada mikail, saya ingatnya datang ni nak melawatnya hari ini kerana dia sudah lama tidak hadir ke sekolah, tu yang saya datang hari ini.” Kataku kepadanya. “oh begitu ke,tempoh hari, pada minggu lepas mak cik baru pulang dari kerja, semasa mak cik parking kereta, mak cik tlihat ada orang ramai dekat jalan berhampiran. Lepas tu mak cik pergilah tengok, rupanya mikail pengsan di tengah jalan. Lepas tu mak cik tolonglah bawa dia pergi ke hospital bapanya bekerja. Eh, kamu tidak ke dia masuk hospital,” kata perempuan itu kepadaku. “mikail masuk hospital, saya tidak tahu pun.” Kataku kekejutan. “oh ya ke,kamu tidak tahu, mungkin dr. ismail tidak sempat kot beritahu kat kamu. Mak cik memang tahu dr. ismail memang seorang yang sibuk berkerja. Mana taknya, setiap malam on call.” Katanya kepadaku. Lalu aku mengakhirkan perbualan kami dengan ucapan terima kasih.lalu dia pergi menuju ke lif. Aku hanya terpaku di situ. Kenapa mikail tidak beritahu aku yang dia masuk hospital.
Keesokkan harinya aku ke sekolah seperti biasa, aku harap mikail hadir ke sekolah hari ini kerana dia sudah hampir 2 minggu tudak hadir ke sekolah. kehadiran membuat aku rungsing akan persediaan dia sebelum peperiksaan. Sesi pembelajaran waktu itu adalah pendidikan islam, ustazah rozita masih belum lagi masuk ke kelas. Tiba-tiba ada seorang masuk ke kelas, rupanya mikail. hatiku berasa lega hari ini dia dapat hadir ke sekolah. dia melangkah masuk dengan keadaannya yang sangat lemah sekali. Ketika dia masuk ke dalam kelas, dia memandang ke wajah diana tetapi diana menunjukkan wajahnya ke mikail malahan dia memalingkan wajahnya daripada dipandang mikail. aku sekali tidaK faham apa sebenarnya berlaku kepada mereka. Ketika aku sdang duduk dan memerhatikan mikail bejalan ke arah tempat duduknya yang terletak berhadapan dengan aku. apabila dia sedang duduk aku berkata dengannya, “eh lamanya kau cuti, kau sakit apa ni”. “ aku demam biasa je, tak payahlah kau risau, aku ok je,” balasnya dengan perlahan sekali. Hati aku terdetik, kdemam biasa? Takkan sebab itu dia tidak dapat hadir ke sekolah dengan tempoh masa yang lama dan kenapa dia di masukkan ke hospital. Aku rasa bukan sebab itu, dia tidak dapat hadir ke sekolah. mesti ada sesuatu yang dia sembunyiksn dan ia mesti berkaitan dengan keadaan diana yang sejak kebelakangan ini tidak menentu.
Ketika waktu rehat semua pelajar ke kantin, hanya aku dan mikail berada di dalam kelas. lalu aku mengajaknya ke kantin tetapi dia enggan. Dia kata mahu ke taman di belakang sekolah untuk menenangkan fikirannya. Aku rasa keputusannya itu memnag betul kerana sejak pagi tadi semua soalan yang di tanyakan oleh cikgu tidak dapat dia selesaikannya. Lalu aku membiarkan dia bersendirian menuruni tangga. Kelihatan dia tidak mahu di ganggu. Jadi aku tidak mahu menemankannya ke taman. Selepas dia sudah keluar aku aku terus membawa buku pinjaman dari perpustakaan untuk di pulanagkan ke perpustakaan. Tiba-tiba angin meniup kencang dari tingkap berhadapan dengan aku. angin itu membuatkan ada sehelai kertas yang terlipat terjatuh dari tempat mikail. lalu aku mencapai kertas yang berada di atas lantai. Keadaan kertas itu sudah berhabuk dengan pasir lalu aku megibas-ibas ia. Selepas semua habuk sudah hilang, aku membuka kertas yang terlipat itu. Ia kelihaatan seperti surat kerana tertera nama mikail di belakang kertas itu dan di hadapan surat itu terdapat beberaoa tulisan. Sepertinya aku mengenali tulisan itu, ia serupa dengan tulisan tangan diana. lantas aku membaca surat itu.
“mikail, dee tidak mencintai kamu lagi. Dee merasakan hubungan ini tidak akan berkekalan selama-lamanya.”
Aku terkejut dengan isi kandungan itu. Adakah ini sebabnya Diana sejak kebelakangan ini berubah. Adakah ini menyebabkan mikail tidak dapat hadir ke sekolah tetapi dia kelihatan sedang sakit dan itu juga menyebabkan dia mengambil cuti sakit yang agak lama. Apa sebenarnya penyakit dia. aku mesti tahu. Dia sahabat baik aku dan aku berhak mengetahuinya. Selepas habis membaca surat itu aku terus meletakkannya ke dalam meja mikail semula dan aku bergegas ke perpustakaan.
Pada suatu malam aku mengulangkaji matapelajaran selepas makan malam bersama ayah. Masakan ayah malam ini sangat sedap sekali. Sebelum aku naik ke bilik aku menolong ayah membasuh pinggan. Sememang itu rutin kami seharian dua anak beranak di rumah. Ayah cuba menjadi seorang ayah dan ibu yang terbaik sekali. Dia membuatkan aku tidak terlalu sedih akan ketiadaan ibu selama ini. Kami hanya makan malam di luar ketika waktu hujung minggu, ayah selalu membawa ku bejalan-jalan ketika waktu minggu. Walaupun ayah seorang yang sangat tegas tetapi aku rasa ketegasannya itu di tutupi oleh kasih sayang yang dia berikan kepada aku sejak aku di lahirkan sehingga sekarang. Apabila selesai, aku terus naik ke bilik. Suasana gelap di bilikku tiba-tiba di terangi oleh cahaya telefon bimbitku yang terletak di atas meja komputer. Lalu aku membuka suis lampu. Keadaan gelap menjadi cerah dengan nyalaan lampu itu tadi. Lalu aku mencapai telefon bimbitku. Rupanya mikail telah menelefon aku tetapi memandangkan aku tiada di bilik tadi aku tidak sempat untuk mengangkat panggilan itu. Aku terus menelfon dia semula tetapi tidak berjaya. Mungkin dia mahu menanyakan beberapa perkara. Aku terus ke meja tulisku dan mencapai lembaran kertas soalan percubaan spm mata pelajaran sejarah. Aku sudah biasa untuk mengulangkaji pelajaran yang berkaitan dengan fakta pada waktu malam kerana suasana yang suni pada malam itu membuatkan aku lebih tenang untuk membaca dan menghafal. Jam dinding di bilikku sudah menunjukkan sudah hampir pukul dua belas. Aku mencapai ke telefon bimbitkuuntuk mendapat kepastian. Lalu aku menutup semua buku dan terus menuju ke katil sambil memegang telefon bimbitku. tiba-tiba tlefon bimbitku bergetar. Rupanya mikail menelefon aku semula “salam, joe kau kat mane? Aku nak jumpa kau boleh tak malam nih?, “ katanya. Sepertiya ada sesuatu yang mustahak yang ingin dia beritahu kepadaku tetapi sekarang dah larut malam. “tapi mikail, ni dah larut malam la, esok kat sekolah kita jumpa,” balas aku. kelihatan dia senyap sahaja di dalam talian selepas aku bercakap. Lantas aku berkata, “ok, mikail kau kat mana sekarang, nanti aku datang”. “aku kat atas bangunan kondominum aku,” balasnya. Panggilan itu telah terputus. Perassan aku sudah tidak merasakan ada yang tidak kena. Buat apa dia berada di atas kondominium rumahnya, pada waktu malam pula. Tiba-tiba mindaku terlintas dengan andaian dia ingin membunuh diri lantaran dia mahu berputus dengannya. Aku terus menukar kain pelikatku dan memakai seluar. Lalu aku mencapai baju sejuk di belakang pintu bilikku. Tanpa di sedari ayah yang sedang tidurnya, aku keluar dari rumah tanpa membuat sebarang bunyi. Ketika menuruni tangga aku mencapai kunci motorsikal dan memakai topi keledar yang di letakkan di atas almari kasut. Aku terus menekan butang alat kawalan pintu pagar. Lalu aku menolak motokarsikal kepunyaan abangku keluar sehingga ke jalan besar sambil menekan semula alat kawalan itu semula untuk menutup pintu pagar. Aku menghidupkan motorsikal dari jauh agar tidak mengganggu jiran sebelah dan supaya ayah tidak terjaga dari tidur. aku harap tindakan aku ini di maafkan ayah. Aku juga harap dia mengerti dengan situasi aku sekarang.
Aku menunggang motorsikal dengan laju sekali. Apabila tiba di kawasan kondominium rumah mikail aku terus memberhentikan motorsikal dihadapan bangunan kondominium rumah mikail. lalu aku membuka topi keledar dan terus mendonggak ke atas bangunan itu. Aku melihat ada kelibat manusia sedang duduk di tepi bangunan. Memang betul sangkaan aku tentang perkara ini, topi keledar yang aku pegang jatuh ke bawah. Lalu aku terus berlari ke arah bangunan itu dan menuju ke lif. Apabila sudah tiba di tingkat terakhir lif itu berhenti. Kelihatan aku masih lagi di dalam bangunan. Kelihatan di tepi sana ada pintu yang terbuka, lalu aku berlari ke arah sana dan melihat ada tangga di sebalik pintu itu. Tanpa memikirkan apa-apa. Aku terus berlari menaiki anak tangga. Apabila tiba di atas sana, aku melihat mikail masih lagi di sana. Suasana malam itu membuatkan suasana di atas bangunan itu berada di dalam kegelapan, di tambah pula, cahaya bulan yang baru sahaja tadi timbul tiba-tiba hilang di selubungi awan-awan yang sedang berarak. Keadaan menjadi bertambah gelap. Hanya lampu dari arah belakang aku sahaja menerangi di sekitar kawasan ketika itu. Sinaran lampu itu menyala hingga ke arahnya. Suasana gelap juaga bertambah sejuk dengan tiupan angin yang sangat kuat. Sepertinya, hujan sebentar lagi akan turut. Lalu aku memeluk tubuh aku sendiri di kala kesejukan menyelubungi diriku. Mikail juga mengalami situasi yang sama seperti aku. dia kelihatan mengigil le sejukan. Aku terus mendekatinya dengan beberapa langkah denfan pergerakan yang perlahan. Apabila aku berada hampir dengannya, tiba-tiba aku melihatnya bangun dari tempat dia duduk lalu memusingkan badan mengadap ke arah aku. “ mikail, apa kau nak buat ni?”, kataku kepdanya. Dia memandangku dengan penuh kesedihan. Kelihatan air mata sudah mengalir berjujuran. “aku dah sanggup hidup kat dunia ni sekarang, baik aku mati saja,” katanya dengan nada penuh kecewaan. Aku berasa tersentap apabila dia berkata seperti itu. Lantas aku berkata kepadanya “apa kau fikir ni mikail, takkan sebab diana kau sanggup bunuh diri kau sendiri.” Dia hanya mendiamkan dirinya sendiri dan tiba-tiba dia ketawa. “ jadi kau dah tahula, kenapa dia buat aku macam ni joe.” Katanya selepas dia tiba-tiba berhenti ketawa. “tetapi kau tak boleh buat macam nie? Hidup mesti diteruskan mikail. tolonglah jangan buat macam ni. Kasihanlah dekat ayah kau.” Kata ku sambil melangkahkan kakiku ke arahnya. Aku berusaha untuk menariknya dari tepi bangunan itu. Aku khuatir dai akan jatuh ke belakang. Tiba-tiba hujan turun dengan bergitu lebat, dia masih lagi di situ dan masih berniat untuk membunuh diri. Hujan yang kuat itu membuatkan permukaan di atas bangunan menjadi licin. Tiba-tiba, dia rebah. Aku menjerit namanya dan pantas memegang tangannya. Aku memegang tangannya dengan kuat sekali. Dia sepertinya tidak menyedarkan dirinya. Dengan keadaan yang hujan membuatkan aku sukar untuk menariknya ke atas. Jeritan aku tadi membuatkan ramai orang berpusu-pusu menuju ke atas bangunan dan mereka semua muluru ke arah aku da mikail. lalu aku meminta tolong daripada mereka untuk menariknya ke atas semula. Dua orang pemuda telah membantu aku untuk menariknya. Kelihatan ayah mikail sedang berlari ke arah kami. Aku rasa dia terus rnntuk bercakap. Setelah sekian lama waktu berusahauya bergerak dan mengeluarkan suar. mereka sedang ke mari selepas aku menjerit nama mikail. lalu dia mendakap mikail yang masih lagi belum menyedarkan diri. Ketika itu aku sedang berada di hadapannya. Kelihatan ramai penghuni kondominium ini telah menggilingi kami. Ayahnya telah banyak kali mencuba untuk menyedarkan diri anaknya itu. Setelah bebapa minit, dia telah menyedarkan diri. Suasana pada malam itu amat sunyi sekali. Tiba-tiba, dia mengeluarkan suaranya. Suaranya, yang perlahan membuatkan aku duduk lebih rapat lagi di hadapannya. “ maafkan aku, aku tahu aku tak patut buat macam ni…….” Katanya kepadaku. Sedang dia bercakap, darah sedang mengalir keluar di hidungnya. Dakapan ayahnya semakin erat. “mikail, jangan tinggalkan ayah seorang nak, maafkan ayah..” katanya dalam tangisan. Selepas itu, kelihatan tangannya berusaha untuk memegang tanganku. Lalu aku mencapai tangannya. Dan berkata “joe, aku tahu kau sayangkan Diana, aku nak kau luahkan isi hati kau kepadanya, aku nak tengok kau bahagia bersama dia, kau sayangi lah dia, sebagaimana kau sayangkan persahatan kita bertiga ini, ini permintaan aku, kau tunaikanlah.” Genggaman tangan kami semakin erat. Kata-katanya membuatkan aku serba salah kerana aku jatuh cinta kepada Diana. Pandangan dia beralih kea rah wajah ayahnya, lalu dia berkata “ ayah, halalkan makan minum saya dan ampunkanlah dosa saya sepanjang hidup saya. Saya sayang ayah….”. katanya itu, terhenti apabila dia mula menarik nafas panjang. Lalu dia, mengucap dua kalimah syahadah. Itulah ayat yang terakhir aku dengar daripadanya. Air mata yang baru kering, kini telah membasahi seluruh wajahku. Perginya sahabatku kini selamanya. Mindaku kini terbayangkan akan permintaan arwah. Aku hanya mampu berserah kepada maha Esa.
Kali terakhir aku berjumpa Diana ialah pada hari keputusan spm dikeluarkan. Dirinya masih lagi berada di dalam dilema. Alhamdullilah, dia mendapat keputusan yang cemerlang dan begitu juga aku. Selepas itu, kami mendapat menlanjutkan pelajaran di kolej matrikulasi yang sama. Ini merupakan peluang keemasan pada diriku untuk membentuk ikatan persabatan kami berdua kerana sejak peristiwa itu berlaku hubungan kami agak rapuh. Dengan harapan arwah mikail untuk aku bersama Diana dan perasaan aku yang masih belum terpadam terhadap Diana aku harus meneruskan kehidupan aku ini. Sememangnya, hatimu yang sangat bersih umpama waran putih membuatkan aku pasti mengingatimu.
TAMAT