[F]ollowers

Tuesday, August 2, 2011

25 pesanan IMAM Syafie

 Imam Syafie merupakan seorang manusia yang hebat. Beliau dilahirkan di Kota Gaza, Palestin. Beliau telah menghafaz Al-Quran sejak umur beliau 9 tahun. Antara kelebihan beliau beliau ialah suaranya yang merdu serta pandai bersyair dan bersajak.  Beliau telah mula mengajar dan memberi fatwa ketika berumur 15 tahun...Hebatnya zaman remaja beliau berbanding zaman remaja masa kini...

Marilah kita bersama renungkan nasihat beliau ini bagi dijadikan panduan hidup kita. InsyaAllah :
  1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
  2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
  3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
  4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang demikian itu adalah setinggi-tinggi syukur.
  5. Apabila salah seorang daripada kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.
  6. Marah adalah salah satu antara antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
  7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
  8. Berbuat baiklah dan tunjukkan bakti kepada ibubapa tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
  9. Banyakkan amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan Iblis.
  10. Taqwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
  11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan  lima perkara yakni  yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah dan berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
  12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan rohani. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
  13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
  14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bahagi.
  15. Kite perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan isti'azah. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji kesabaran kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
  16. Sebesar-besar keaiban adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri.
  17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iring-iringan pasukan kebatilan.
  18. Ketahuilah, istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar Iblis di istananya.
  19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
  20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Saidina Umat menghisab dirinya pada setiap hari.
  21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amaln para nabi dan rasul serta orang soleh.
  22. Sesiapa mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
  24. Sesiapa yang menjalin ukhwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
  25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

13 Kesilapan Dan Kesalahan Puasa

13 Kesilapan Dan Kesalahan Puasa

Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikan-Nya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah.

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesilapan dan kesalahan ketika puasa. Antaranya:-

1. Berpuasa tetapi tidak solat
sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama
aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.

4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda. 

5. Semakin cepat marah
sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6. Membazir ketika berbuka puasa
Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun
Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja
Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya;

Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan, sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;

"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43)

Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, tarawih ala kadar
solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;

Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;

Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur

"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?” Jawab Nabi:Ya abal Hasan!
Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".

Di kutip dari:"Puasa Bersama Rasulullah", karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Mizan.

Sumber:13 Kesilapan Dan Kesalahan Puasa

Sumber:foren-6.blogspot.co​m

[B]ilakah hari Kiamat?