[F]ollowers

Tuesday, August 16, 2011

Tutorial#1 - Cara meletak file format .swf[flash] ke dalam post

Assalmualaikum,
#1st entry tutorial.
Tutorial ni request from Ain Zulaikha :)
So, sy akan cuba trgkan dgn lebih RINGKAS cara nak masukkn file Flash format[.swf] ke dlm post.

STEP 1: 

#Sy menggunakan contoh entry sy sebelum ni.

 #copy code di bawah(kotak biru) then paste dkt post yg kita tengah edit, pastikan anda sudah click HTML button.
 
<html> 

<body> 

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" 

codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/
cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0" 
 
width="468" height="60" 
 id="mymoviename"> 

<param name="movie"  

value="example.swf" /> 
 
<param name="quality" value="high" /> 

<param name="bgcolor" value="#ffffff" /> 

<embed src="example.swf" quality="high" bgcolor="#ffffff"

width="468" height="60" 

name="mymoviename" align="" type="application/x-shockwave-flash" 

pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer"> 

</embed> 

</object> 

</body>

</html> 

STEP 2:

#Bila dah siap paste, edit code t'sebut untuk memasukkn URL file Flash yg kita nk paparkan dkt post, b'dsrkan code dkt atas, gantikan example.swf dgn URL file Flash contohnya,(http://fc01.deviantart.net/fs71/f/2010/201/c/0/Because_he_is_a_muslim____by_Nayzak.swf). 

#Then, tukar lebar dan tinggi file Flash itu mengikut saiz asal file Flash tersebut atau suka hati lah nak tukar brape pun(boleh preview2 dlu). Kalau nak tukar mesti kedua2 width="468" height="60" wajib di edit.

#Bila dah siap, boleh tekan button COMPOSE untuk edit text dll.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

P/S: sy pn baru belajar buat, klau ad salah silap atau nak tanye ap2 ke SILA lah COMMENT:)

Sedia Tempat Solat Bagi Peniaga Bazar [VIDEO]

Assalamualaikum,
Entry ke-2 khas untuk kepada semua Blogger2 Muslim:)
Pagi td, sepupu sy ad post link video ni dkt Facebook &amp; sy rasa sgt t'sentuh dgn kandungan yg ad di dlm video ni, harap2 ia dapat memberi ikhtibar  kpd semua:)
Sebelum tu, kita baca dulu description di bwh:
"Alangkah indahnya senario ini, penganjur tapak pusat Bazar Ramadhan di Kelantan ini menitkberatkan tentang soal SOLAT. Jika difikirkan semula, bilakah waktu para pembeli dan penjual makanan, mereka bersolat waktu Asar &amp; Maghrib? Jika start membuka meja jualan seawal jam 4 petang (sebelum waktu Asar) &amp; menjual juadah sehingga waktu berbuka puasa &amp; selepasnya malah solah Isya' &amp; Tarawikh? Berniaga digalakkan &amp; pembeli juga janganlah leka &amp; berlengah2 berlegar2 di bazar. Walaupun berniaga janganlah sampai perkara yang wajib ditinggalkan hanya kerana mengejar keuntungan yang hanya sedikit. Semua ini tidak akan menjadi alasan untuk meninggalkan waktu solat jika pihak penganjur mempunyai kesedaran bahawa ISLAM itu wajib diutamakan. Tahniah kepada pihak penganjur di video ini yang mempunyai kesedaran utamakan syariat Islam. Sesungguhnya Islam itu Mudah &amp; Indah. Sila klik LIKE jika anda SETUJU &amp; Share bersama rakan2 yang lain. Admin-B.A.S ... ا ب ت"

3 tough questions

Assalamualaikum w.b.t.,
Today is 16th Ramadhan
Alhamdulillah, dh separuh p'jalanan kita menunaikn ibadah puasa:)
Hari ni nak share slideshow yg b'kisahkn ttg perbualan seorg pemuda dgn seorg ulama'.
Mari kita lihat dan fikir2kanlah:)

Monday, August 15, 2011

because he is a Muslim..

Salam,
today is 15th Ramadhan:)
Just nak share slideshow kt bwh ni:)
Open ur mind n keep forward..

Friday, August 12, 2011

Jom tambahkan FOLLOWER!

salam,
2nd segmen utk tmbh follower:)
So mari ramai2 join segmen nie!!huhuhui
Due date : sampai raye

#click the banner
to join!!

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah

Salam,
1st time join segmen ni utk tmbh follower:)

click @ banner 2 join.huhui

NAMA : Farid B. Abd. Rani
HOBI : main badminton, dgr mp3(kpop), makan.hee

Monday, August 8, 2011

Back to KMJ v1

Assalamualaikum w.b.t.,
  Title je pn dh membuatkn kerinduan b'tmbh t'hdp Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.hee Baru je 3 bulan meningalkan KMJ, ttp perasaan RINDU dg kwn2 semua membuatkn ak menulis(xpnjg pn) post ni...
  Mengenangkan kembali, zaman semasa belajar dkt KMJ mmg xboleh di lupakan, apatah lg dgn kwn2 seperjuangan, t'utamanya H6T40& kuliah H6 & jga pensyarah2 semue. So, di bawah ad slide show gmbr2 sekitar KMJ, so same2 kte mengubat kerinduan hahahahah..

Tuesday, August 2, 2011

Kitar hidup seorang pelajar Universiti

Misteri Potret Monalisa

   Potret Monalisa merupakan salah satu karya agung Leonardo Da Vinci.Apa yang membingungkan adalah , potret lama yang berusia lebih 500 tahun yang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri sehingga kini.
Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman yang menawan itu.Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.
Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.
Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar ‘Mona Lisa’ itu siap empat tahun kemudian.
Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.
Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.
>Misteri Potret Monalisa
  • Identiti Monalisa itu sendiri.
  • Riak wajah Monalisa.
  • Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.
  • Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.
  • Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igaun penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut.
  • Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa.

>Teori Mengenai Monalisa
  • Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo.Mona Lisa bermaksud Madam Lisa.
  • Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.
  • Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.
  • Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi ‘kewanitaan’.Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!
>Fakta Potret Monalisa
  • Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah.
  • Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
  • Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.
  • Judul ‘Mona Lisa’ diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain Mona Lisa, judul lain adalah ‘La Gioconda’.
  • Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
  • Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
  • Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.

25 pesanan IMAM Syafie

 Imam Syafie merupakan seorang manusia yang hebat. Beliau dilahirkan di Kota Gaza, Palestin. Beliau telah menghafaz Al-Quran sejak umur beliau 9 tahun. Antara kelebihan beliau beliau ialah suaranya yang merdu serta pandai bersyair dan bersajak.  Beliau telah mula mengajar dan memberi fatwa ketika berumur 15 tahun...Hebatnya zaman remaja beliau berbanding zaman remaja masa kini...

Marilah kita bersama renungkan nasihat beliau ini bagi dijadikan panduan hidup kita. InsyaAllah :
  1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
  2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
  3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
  4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang demikian itu adalah setinggi-tinggi syukur.
  5. Apabila salah seorang daripada kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.
  6. Marah adalah salah satu antara antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
  7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
  8. Berbuat baiklah dan tunjukkan bakti kepada ibubapa tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
  9. Banyakkan amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan Iblis.
  10. Taqwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
  11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan  lima perkara yakni  yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah dan berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
  12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan rohani. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
  13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
  14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bahagi.
  15. Kite perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan isti'azah. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji kesabaran kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
  16. Sebesar-besar keaiban adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri.
  17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iring-iringan pasukan kebatilan.
  18. Ketahuilah, istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar Iblis di istananya.
  19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
  20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Saidina Umat menghisab dirinya pada setiap hari.
  21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amaln para nabi dan rasul serta orang soleh.
  22. Sesiapa mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
  24. Sesiapa yang menjalin ukhwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
  25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

13 Kesilapan Dan Kesalahan Puasa

13 Kesilapan Dan Kesalahan Puasa

Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikan-Nya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah.

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesilapan dan kesalahan ketika puasa. Antaranya:-

1. Berpuasa tetapi tidak solat
sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama
aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.

4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda. 

5. Semakin cepat marah
sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6. Membazir ketika berbuka puasa
Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun
Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja
Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya;

Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan, sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;

"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43)

Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, tarawih ala kadar
solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;

Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;

Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur

"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?” Jawab Nabi:Ya abal Hasan!
Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".

Di kutip dari:"Puasa Bersama Rasulullah", karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Mizan.

Sumber:13 Kesilapan Dan Kesalahan Puasa

Sumber:foren-6.blogspot.co​m

[B]ilakah hari Kiamat?